suria

Blackett Selamatkan Arsenal

Arsenal seri 1-1 pada perlawanan menentang Manchester United pada Ahad.

GOL sendiri hasil jaringan pemain gantian Manchester United, Tyler Blackett membantu Arsenal untuk menyamakan kedudukan selepas rembatan kemas dari Ander Herrera meletakkan pasukan kendalian Louis Van Gaal itu di hadapan.

Herrera membuka tirai jaringan pada minit ke-30 menerusi rembatan kencang yang berjaya melepasi penjaga gol Arsenal, David Ospina selepas menerima hantaran Ashley Young.

Marouane Fellaini ternyata berjaya mendominasi bahagian tengah untuk United pada separuh masa pertama apabila dapat mengawal rentak permainan dan menghalang Arsenal daripada melakukan serangan.

Arsenal mengambil masa sehingga separuh masa pertama untuk membuat percubaan di hadapan pintu gol United dan menampilkan corak permainan yang lebih baik pada separuh masa kedua.

United dilihat akan berjaya mempertahankan kedudukan tetapi malang bagi pasukan tuan rumah apabila De Gea terpaksa dikeluarkan pada minit ke-74 akibat kecederaan dan digantikan dengan Victor Valdes yang membuat penampilan sulung untuk United.

Arsenal menyamakan kedudukan pada minit ke-82 apabila hantaran Theo Walcott terkena Blackett dan masuk ke gawang gol melepasi Valdes dan keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.





Tyler Blackett, Arsenal, David Ospina

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain