BEKAS bintang bola sepak Portugal, Luis Figo menarik diri daripada bertanding pemilihan jawatan presiden FIFA. Figo membuat keputusan tersebut selepas Presiden Persatuan Bola Sepak (FA) Belanda, Michael van Praag turut menarik diri untuk menyertai perebutan jawatan tersebut. Beliau turut menyatakan sokongannya kepada Putera Ali Al Hussein dari Jordan. "Selepas berkongsi pandangan dengan dua lagi calon untuk proses ini, saya percaya apa yang akan berlaku di Zurich pada 29 Mei ini bukanlah satu tindakan pemilihan yang biasa. "Dan oleh itu, saya tidak akan ikut serta," kata Figo menerusi laman Facebooknya. Pemilihan pada Jumaat depan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara penyandang, Sepp Blatter dan Putera Ali.