MATS Hummels menolak untuk berhijrah ke Manchester United kerana kecewa dengan tindakan kelab England berkenaan yang mengambil masa terlalu lama untuk melengkapkan urusan perpindahan. Bintang Borussia Dortmund itu hampir menyertai United pada Julai ini dengan perpindahan bernilai £35 juta selepas diburu sejak setahun lalu. Bagaimanapun, pertahanan Jerman berusia 26 tahun itu akhirnya mengambil keputusan untuk kekal di Dortmund baru-baru ini dan ia mengejutkan penyokong United. United dilapor melambatkan urusan perpindahan itu kerana turut berminat terhadap pertahanan Velancia, Nicolas Otamendi, 27. Tindakan United itu dikatakan menjadi punca kekecewaan Hummels yang telah bersiap sedia untuk ke Old Trafford.