RADAMEL FALCAO dilapor sedia menerima potongan gaji yang tinggi untuk kekal dalam Liga Perdana Inggeris untuk musim depan. Mirror Sports mendedahkan, bagaimanapun pemain pinjaman dari Monaco itu tidak akan kekal di Manchester United tetapi akan ke sebuah kelab di London. Sebelum ini wakil Falcao didakwa bertemu dengan pihak Chelsea bagi menyelesaikan urusan pemindahan selepas penyerang berkenaan dilepaskan United. Jika menyertai Chelsea, Falcao tidak lagi mendapat gaji setinggi £265,000 seminggu seperti yang dinikmati di United dan Monaco. Dia sebaliknya akan menerima gaji lebih rendah jika memilih Arsenal kerana kelab itu turut meminati aksinya. Ketika mewakili United musim ini, Falcao hanya menjaringkan 4 gol.