FORT WORTH: Pemain Amerika Syarikat (AS), Chris Kirk merangkul kejuaraan PGA AS keempat sepanjang kariernya pada Isnin apabila mencatat empat bawah par 66. Lebih menggembirakan pemain ranking ke-23 dunia itu, kemenangan pada kejohanan Jemputan Crowne Plaza itu dicapai dengan satu pukulan. Kirk berakhir dengan 12 bawah par 268 untuk meraih hadiah juara AS$1.17 juta (RM4.2 juta), manakala Jordan Spieth, pemain ranking kedua yang juga juara Masters AS, berkongsi tangga kedua dengan rakan senegara dari AS, Jason Bohn dan Brandt Snedeker dengan 269. Kirk, sebelum ini menjuarai Klasik Viking 2011, Klasik McGladrey 2013 dan Kejohanan Deutsche Bank September lalu. “Tidak sangka hayunan saya bagus awal minggu tapi saya berjaya melakukannya,” kata Kirk. - AFP