suria

Tom Cleverley Pilih Everton Daripada Aston Villa

Cleverley (kanan) ketika mewakili Aston Villa musim lepas kini memilih untuk berhijrah ke Everton.

> Pemain Manchester United itu bermain selama semusim secara pinjaman dengan Villa

> Kontrak Tom Cleverley bersama Manchester United tamat hujung bulan ini

> Dia kini ejen bebas dan kelab yang disertainya tidak perlu bayar yuran perpindahan kepada United

> Dilaporkan bakal menandatangan kontrak jangka panjang dengan Everton

> Cleverley pernah bermain di bawah Roberto Martinez ketika di Wigan

PEMAIN tengah Manchester United, Tom Cleverley memilih untuk berpindah ke Everton berbanding Aston Villa walaupun dia bermain selama semusim secara pinjaman dengan Villa sebelum ini.

Oleh kerana dia kini menjadi pemain bebas, Cleverley akan menyertai Everton secara percuma tanpa apa-apa bayaran perpindahan dalam tempoh 72 jam lagi.

Pemain tengah berusia 25 tahun itu dilaporkan bakal menandatangani kontrak jangka panjang selama lima tahun bersama Everton.

Dia dijangka menerima bayaran gaji sekitar £50,000 seminggu.

Keputusannya itu bakal mengecewakan pengurus Villa, Tim Sherwood yang menaruh kepercayaan penuh ke atasnya untuk mengemudi jentera tengah pasukan dari bandar Birmingham itu sehingga berjaya menyelamatkan mereka daripada tersingkir ke liga bawah baru-baru ini.

Tetapi nampaknya hubungan Cleverley dengan Roberto Martinez lebih intim dan rapat kerana dia juga pernah bermain di bawah pengurus dari Sepanyol itu ketika di Wigan.

REKOD TOM CLEVERLEY:

> Manchester United (2009-15): 79 perlawanan, 5 gol.

> Leicester City (2009, pinjaman): 15 perlawanan, 2 gol.

> Watford (2009-10, pinjaman): 35 perlawanan, 11 gol.

> Wigan Athletic (2010-11, pinjaman): 25 perlawanan, 4 gol.

> Aston Villa (2014-15, pinjaman): 37 perlawanan, 3 gol.

> Pasukan Kebangsaan England (2012-sekarang): 13 perlawanan.

Artikel Lain