SERENA Williams merangkul trofi juara Terbuka Perancis buat kali ketiga selepas menewaskan Lucie Safarova pada aksi akhir di Roland Garros Sabtu malam. Williams kembali bangkit memastikan kemenangan menjadi miliknya pada set ketiga, dengan keputusan 6-3 6-7 6-2. Jaguh wanita Amerika Syarikat ini menjadi pemain wanita ketiga dalam sejarah tenis dunia dengan mencatat kemenangan ke-20 acara utama perseorangan kejohanan Grand Slam.