WEST Ham melantik Slaven Bilic sebagai pengurus baharu kelab tersebut. Bilic,46, menggantikan Sam Allardyce yang meninggalkan Upton Park penghujung musim lalu apabila kontraknya tidak disambung. "Saya amat teruja bersama kelab West Ham United, lebih-lebih bersaing dalam Liga Perdana antara liga yang terbaik di dunia. "Satu cabaran besar untuk bersaing dengan pasukan-pasukan hebat. Dan sudah menjadi tanggungjawab saya untuk membuktikan yang terbaik kepada pengurusan kelab, pemain-pemain dan juga semua penyokong," jelasnya. Selain pernah mengendalikan pasukan negaranya, Bilic sebelum ini membimbing kelab Besiktas .