Atlet berasal dari Seremban, itu dinobatkan sebagai juara acara lempar cakera lelaki setelah melakukan lontaran sejauh 56.65m, mengatasi pencabar terdekat, Narong Benjaroon dari Thailand (52.59m).
Pingat gangsa bagi acara itu pula milik peserta Thailand, Kwanchai Numsomboon (51.02m).
Muhammad Irfan berkata pingat emas yang dimenanginya itu amat bermakna daripada sebelum ini dengan kehadiran keluarga tersayang yang datang secara mengejut tanpa memberitahunya terlebih dahulu.
"Saya hanya menyedari emak datang baru sekejap tadi...ia amat memeranjatkan saya," katanya kepada pemberita.
Sementara itu, emaknya, Rubiah Mat Sidek berkata beliau dan suaminya Shamsuddin Sani serta tiga ahli keluarga lain sengaja merahsiakan perkara itu kerana tidak ingin mengganggu tumpuan anaknya walaupun telah sampai ke Singapura dua hari lepas.
Rubiah berkata setiap hari selepas solat beliau mendoakan kejayaan anaknya dan akhirnya doanya tersebut dikabulkan (diterima) Tuhan.