PERU mara ke separuh akhir Copa Amerika selepas menewaskan Bolivia 3-1 di Temuco awal pagi Jumaat. Penyerang Paolo Guerrero membuka jaringan seawal minit ke-20, sebelum Paolo Guerrero menambah jaringan kedua untuk Peru. Guerrero melakukan hatrik minit ke-74 seterusnya mengukuhkan kedudukan pasukan untuk mara ke separuh akhir. Bagaimanapun sudah terlewat bagi Bolivia yang dibimbing Mauricio Soria untuk mengejar kedudukan tersebut biarpun Marcelo Moreno menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-84. Enam minit sebelum masa permainan sebenar dan kecederaan berakhir, Bolivia berhempas pulas mencari gol penyamaan, namun terpaksa melupakan hasrat untuk berada dalam empat pasukan terakhir. Sementara itu, anak buah Ricardo Gareca pastinya akan menerima cabaran sengit pada aksi separuh akhir Isnin ini apabila berdepan dengan tuan rumah, Chile.