KELAB Juventus sedang mengintai Isco di Real Madrid. Pemain berusia 23 tahun itu dikhabarkan meninggalkan Santiago Bernabeu kerana tidak mampu menembusi skuad utama. Musim lalu, bekas pemain Malaga ini hanya tampil dalam 45 perlawanan. Isco sukar menembusi pasukan utama kerana perlu bersaing dengan bintang Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale yang selalu menjadi pilihan jurulatih Carlo Ancelotti. Dilaporkan bahawa Juventus berminat membawa Isco ke Turin. Pemain itu dikatakan bersesuaian dengan corak permainan yang dipimpin oleh jurulatih Massimiliano Allegri. Isco mempunyai klausa pelepasan bernilai 150 juta pound (RM893.35 juta). Menurut beberapa media Sepanyol, jumlah itu kemungkinan besar membuatkan Juventus akan menambah Arturo Vidal dalam senarai sebahagian daripada perpindahan bagi mendapatkan Isco. Masa depan Arturo Vidal di Juventus masih belum dapat dipastikan. Sama ada bertahan atau tidak, pemain kelahiran Chile itu akan ditentukan selepas liga Copa America 2015 berakhir.