suria

Schneiderlin Sarung Jersi Red Devils

Morgan Schneiderlin.

MANCHESTER United dilaporkan telah memeterai perjanjian untuk membawa masuk pemain Southampton, Morgan Schneiderlin.

Bayaran perpindahan pemain tengah Perancis itu dikatakan bernilai 25 juta pound (RM149 juta).

Akhbar Perancis, L'Equipe mendakwa pemain berusia 25 tahun itu yang turut menjadi buruan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris yang lain bersetuju dengan syarat peribadi untuk menyarung jersi Red Devils selama empat tahun.

Umum mengetahui, Schneiderlin begitu terdesak untuk beraksi pada saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Dia memperkuat Southampton sejak 2008 tetapi menyatakan hasrat untuk berhijrah ke kelab lain dalam satu temu bual bersama stesen radio Perancis, RMC baru-baru ini.

"Ya, saya rasa keputusan telah dibuat. Saya banyak belajar pada musim lalu. Cita-cita saya adalah untuk kekal di England.

"Ia adalah saingan yang saya suka kerana penuh dengan keseronokan. Sekiranya saya meninggalkan Southampton, saya akan menyertai kelab yang beraksi lebih baik daripada Liga Europa," katanya.

Artikel Lain