suria

Malaysia Tempah Slot Ke Suku Akhir Kalahkan Macau 5-0

Lee Zii Jia

KUALA LUMPUR: Skuad badminton Malaysia tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Macau 5-0 pada aksi Kumpulan C Kejohanan Remaja Asia 2015 di Bangkok, Thailand.

Hasil kemenangan itu, pasukan badminton remaja kebangsaan muncul naib juara kumpulan dan menempah slot ke suku akhir.

Sebelum ini, Malaysia menewaskan Singapura 5-0, namun tumpas kepada Korea Selatan 1-4 pada perlawanan pembukaan, semalam.

Beregu campuran, Tan Jinn Hwa/Anna Cheong Ching Yik menampilkan permulaan baik buat Malaysia apabila mengalahkan Ng Weng Chi/Lou Hok Man 21-7, 21-8, sebelum perseorangan remaja lelaki Lee Zii Jia menjadikan 2-0, selepas menumpaskan Iek U Leong 21-18 dan 21-6.

Aaron Chia Teng Fong/Sim Guo Zheng mengesahkan kemaraan Malaysia ke suku akhir dengan kemenangan 21-9 dan 21-16 ke atas Chua Pui Ngai/Pui Pang Fong manakala Lee Ying Ying tidak berdepan masalah menewaskan Chan Kit Lei 21-18, 21-5.

Anna Cheong melengkapkan kemenangan bergaya pasukan remaja negara apabila bergandingan bersama Ooi Shi Han untuk mengetepikan cabaran Gong Xue Xin/Ng Weng Chi 21-12, 21-16 dalam kategori beregu remaja perempuan.-- Bernama

Artikel Lain