PEMAIN pilihan kelima Wimbledon, Kei Nishikori dari Jepun terpaksa menarik diri sejurus sebelum perlawanan pusingan keduanya menentang Santiago Giraldo dari Colombia bermula pada Rabu kerana cedera. Nishikori, 25, telah menumpaskan Simone Bolelli dalam perlawanan lima set pada pusingan pertama. Nishikori adalah finalis Terbuka Amerika Syarikat 2014 tumpas di tangan Marin Cilic.