"Ia mengamalkan proses bidaan terbuka, di mana cadangan yang diterima akan dibuat penilaian dari segi nilai dan akan dimuktamadkan Ogos ini," katanya selepas merasmikan Perlumbaan Reebok Spartan di sini Khamis.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan bahawa Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) dijangka melakukan kerja mengubah suai Stadium Nasional, yang kini berusia 17 tahun, dan venue lain di Bukit Jalil.
Khairy berkata kerja menaik taraf kompleks itu akan dilakukan dalam dua fasa dan dijadual siap menjelang 2019.
Fasa kedua pula akan dilaksanakan selepas berakhir temasya sukan itu, termasuk pembinaan venue sukan atau dewan pameran baharu, katanya.