suria

Van Persie Tinggalkan United?

Robin Van Persie

PENYERANG Manchester United, Robin Van Persie dilaporkan telah bersetuju terma-terma peribadi dengan kelab Turki, Fenerbahce, demikian lapor portal berita The Guardian.

Menurut laporan terbaru portal berkenaan, ejen Van Persie, Kees Vos, berada di Istanbul sepanjang dua hari yang lalu untuk berunding dengan Fenerbahce.

Lapor The Guardian lagi, hanya tinggal rundingan di peringkat kelab sahaja yang belum selesai berhubung yuran perpindahan untuk penyerang Belanda yang berusia 31 tahun itu.

Pada mulanya, isteri Van Persie agak keberatan untuk berhijrah ke Turki tetapi kemudian mengubah fikirannya selepas menghabiskan selepas menghabiskan masa selama beberapa hari di Istanbul. Fenerbahce berpusat di Istanbul.

The Guardian turut melaporkan, bekas pemain sayap Fenerbahce, Dirk Kuyt merupakan orang yang menyakinkan Van Persie untuk berpindah ke kelab itu.

Bekas pemain Liverpool itu menhabiskan tiga musim bermain untuk Fenerbahce termasuk memenangi kejuaraan liga untuk kelab tersebut, Piala Turki dan Piala Super Turki sepanjang tempoh berkenaan.

Sejak kembali dari temasya Piala Dunia di Brazil, prestasi Van Persie merudum dengan teruk sekali apatah lagi dia berhadapan dengan kecederaan lutut yang panjang.

Van Persie dikatakan telah bersetuju untuk menandatangani kontrak empat tahun dengan Fenerbahce. Penyerang itu menyertai United dari Arsenal pada 2012 bermain 86 kali dan menjaringkan 48 gol untuk United.

Dia mewakili Belanda sebanyak 98 kali dan menjaringkan 49 gol.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain