suria

"Berbaloi Beli Sterling" - Pellegrini

Sterling ketika beraksi menentang AS Roma di Melbourne, Rabu.

MELBOURNE: Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini secara terbuka meluahkan rasa gembira dengan keputusan membeli Raheem Sterling, walaupun pada harga tinggi kerana menganggap ianya berbaloi.

Berpuas hati dengan aksi sulung Sterling pada perlawanan menentang kelab Itali, AS Roma di Melbourne Cricket Ground pada Rabu.

Pada perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa itu, Sterling mengambil masa hanya dua minit 17 saat untuk meledak gol sulungnya.

“Penting menjaringkan gol, terutama pada babak awal perlawanan dan dia hanya beraksi 45 minit selepas beberapa hari berlatih dengan pasukan.

“Saya gembira dengan cara dia bermain. Dia mempamerkan kenapa dia di sini, bukan setakat nilainya sebagai pemain, dia pemain yang muda, jadi saya fikir dia akan meningkat pada masa depan bermain di samping Yaya Toure, David Silva dan Sergio Aguero.

“Saya gembira dengannya dan terlalu gembira kami membelinya,” kata Pellegrini.

Ia perlawanan pertama pemain London kelahiran Jamaica berusia 20 tahun itu buat Manchester City sejak berpindah dari Liverpool minggu lalu menerusi kontrak lima tahun dengan yuran awal £44 juta (RM261 juta) dan mungkin akan meningkat kepada £49 juta (RM290 juta).


Artikel Lain