KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan mengadakan sesi ujian pemilihan pemain untuk Kejohanan Remaja Dunia yang akan berlangsung di Lima, Peru dari 4 hingga 8 November ini.
Beliau berkata mereka akan mengundang beberapa pemain yang mempamerkan aksi terbaik pada Kejohanan Remaja Asia di Bangkok, Terbuka Perak, sirkit akhir remaja kebangsaan akan datang di Alor Setar dan juga kejohanan antarabangsa lain.
"Kami telah mengenal pasti pemain-pemain yang kami berpendapat perlu berada dalam ujian pemilihan," katanya kepada pemberita di Pejabat BAM di Stadium Bukit Kiara, di sini Isnin.
Sementara itu, Frost merancang untuk melakukan beberapa perubahan untuk membentuk lima pemain yang beliau sifatkan diletakkan dalam 'ruang' kerana tidak terlibat dalam program maksimum dalam tempoh setahun.
"Ini (membuang masa mereka). Saya fikir kita boleh melakukan lebih baik apabila mereka berada di luar kelompok lima. Mereka sebenarnya mempunyai sepenuh masa untuk bermain dan latihan.
"Kita tidak benar-benar menggunakannya. Saya fikir kita boleh mengkaji dan melihat apa yang perlu dirombak," katanya.
Frost berkata beliau akan menghantar cadangan itu dan berharap BAM akan menerima perubahan dan membuat beberapa pelaburan untuk mencapai sasaran mereka.