suria

Grand Prix KL: Fairuz, Adrian Raih Kedudukan Podium Pada Piala GT

Fairuz meraih kedudukan podium pada saingan kelas Piala GT pada perlumbaan Grand Prix Kuala Lumpur City pada Ahad. Foto: The Star/S.S KANESAN

KUALA LUMPUR: Pemandu GT Malaysia, Fairuz Fauzy melonjak daripada kedudukan akhir untuk meraih kedudukan podium pada saingan kelas Piala GT pada perlumbaan Grand Prix Kuala Lumpur City di sini pada Ahad.

Fairuz, pemandu berpengalaman dalam perlumbaan GT, bermula dari petak ke-18 selepas menukar kelas daripada GT3 kepada GTM apabila jenteranya Lamborghini Gallardo FLII mengalami kerosakan teruk semasa sesi kelayakan pada Sabtu. 

Pemandu OD Racing Team itu memulakan perlumbaan dengan memandu Lamborghini Huracan selepas Automobili Lamborghini bersetuju meminjamkan kereta ujian itu kepada beliau apabila pasukannya tidak sempat membaiki jenteranya untuk perlumbaan.

Beliau menamatkan perlumbaan dengan catatan 40 minit 13.778 saat, 36.101saat di belakang pemandu Jepun Naoki Yokomizo dari Direction Racing yang beraksi di bawah Kelas GTM.

Tempat ketiga disandang oleh Frank Yu dari GT3 yang melintasi garisanpenamat dengan masa 41:13.790s.

"Ia adalah hujung minggu yang sukar untuk saya dan pasukan saya. Lonjakan hebat semalam tetapi memandu jentera yang tidak biasa dari kategori lain (SuperTrofeo) adalah sangat mencabar tetapi saya berjaya menamatkan perlumbaan.

"Huracan (Lamborghini) jauh lebih canggih tetapi dari segi membrek, tidak sebaik jentera saya GT3," kata Fairuz, 32, kepada pemberita selepas perlumbaan.

Pemandu Hong Kong, Michael Choi dari Arrows Racing menduduki tempat ketiga.

Pemandu Australia, Josh Hunt memburu dari Kurnia AmAssurance Racing terpaksa menarik diri dari perlumbaan itu kerana masalah yang dihadapi oleh sistem jenteranya.

Sementara itu, seorang lagi pemandu Malaysia, Adrian d'Silva dari Nexus Infinity menduduki tangga kedua dalam kelas GT3 dan kedudukan keenam keseluruhan dalam Piala GT selepas menamatkan perlumbaan dengan masa 41:26.307s di belakang pemandu Hong Kong, Frank Yu.

"Saya bermula dengan baik pada perlumbaan dengan meraih kedudukan kedua keseluruhan dan menamatkan pusingan lebih baik sebelum menghadapi masalah dengan kotak gear. 

"Saya cuba untuk 'reset' semula jentera di trek... Kemudian jurutera sayameminta saya untuk mengekalkannya sehingga ke garisan penamat," kata Adrian. 

Hanya dua pemandu beraksi di bawah kelas GT3 selepas Fairuz menukar kepada kelas GTM.

Afiq Ikhwan Yazid menarik diri dari perlumbaan selepas jenteranya mengalami masalah casis setelah terlibat dalam kemalangan semasa perlumbaan kedua Lamborghini Super Trofeo Siri Asia.

Piala GT, Fairuz Fauzy

Artikel Lain