suria

Kontrak Lanjutan Tanda Kepercayaan Kelab - Pellegrini

Kontrak Manuel Pellegrini dilanjutkan setahun lagi.

MANCHESTER: Kontrak baru yang ditandatangan Manuel Pellegrini untuk tempoh setahun lagi sebagai Pengurus Manchester City dilihat sebagai tanda kepercayaan pemilik kelab kepadanya.

Pellegrini menandatangani kontrak lanjutan selama setahun pada Jumaat, mengekalkannya di City sehingga musim panas 2017.

Bagaimanapun, beliau mengakui kelabnya perlu meraih kejuaraan jika mahu terus mendapat sokongan.

“Saya fikir kontrak adalah sangat penting, sebagai tanda kepercayaan terhadap usaha kita.

“Kini, saya sangat gembira di Manchester City, malahan kedua-dua pihak gembira dapat meneruskannya.

“Namun anda perlukan keputusan selepas itu. Adalah sangat penting kepada kami untuk mengharungi musim yang bagus dan meraih keputusan yang baik bersama pasukan," katanya.

Pellegrini juga menganggap sokongan kelab juga sangat penting untuk dirinya.

Kelab yang menjuarai Liga Perdana 2014 muncul naib juara di belakang Chelsea musim lalu, melepaskan 38 gol, dengan pengendali itu merasakan ia terlalu banyak.

Beliau juga menganggap musim yang bagus adalah untuk pasukan besar meraih kejuaraan. 

Artikel Lain