suria

Manchester United Pamer Kit Terbaharu Kedua

MANCHESTER United secara rasminya memperkenalkan kit terbaharunya yang kedua bagi musim 2015/16 tajaan adidas.

Ia adalah jersi untuk perlawanan di tempat lawan. 

Rekaan khas adidas dengan sentuhan klasik tahun 1960-an bakal dipakai pemain-pemain United buat kali pertama menjelang pertemuan dengan Aston Villa Jumaat ini.

Dengan inspirasi rekaan putih yang dipakai oleh 'Busby Babes' pada tahun 1960-an yang memperlihatkan sentuhan pada leher jersi berbentuk V bersama tiga jalur di bahagian bahu.

Pemain-pemain Man United memperagakan kit terbaharu musim 2015/16 yang ditaja adidas.


Malah rekaan ini juga dilihat kembali ke zaman 1990-an yang dipakai oleh pemain legenda Ryan Giggs.

Adidas juga memastikan kit terbaharunya ini lebih ringan dengan menggunakan teknologi moden bagi membantu prestasi pemain ketika beraksi.
Adidas, Manchester united

Artikel Berikut

Artikel Lain