suria

Hos Piala Dunia 2034: Kajian Kebolehlaksanaan Secepat Mungkin - Khairy

KUALA LUMPUR: Persediaan awal perancangan negara Asean ingin menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia FIFA 2034 telah mendapat persetujuan Menteri-Menteri Sukan Asean.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menjelaskan, perbincangan dan persetujuan cadangan tersebut telah dicapai pada Mesyuarat Menteri-Menteri Sukan Asean Kali Ke-3 termasuk dari Thailand, Jepun, Vietnam, Laos, Filipina, Brunei, Kemboja dan Myanmar.

"Menteri-menteri Asean berbincang dan bersetuju dengan cadangan dari Malaysia  supaya satu feasibility study (kajian kebolehlaksanaan) dimulakan secepat mungkin sebelum bidaan Piala Dunia 2034 dibuat.

"Kajian ini akan dikendalikan oleh Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) bagi keseluruhan negara Asean," jelas Khairy pada sidang media selepas berakhirnya mesyuarat tersebut.

Dalam pada itu, Khairy menekankan bahawa persetujuan yang dicapai itu adalah untuk melaksanakan kajian terlebih dahulu.

"Saya nak tegaskan persetujuan itu bukan untuk buat bidaan tetapi untuk kita memulakan kajian sama ada boleh laksana atau pun tidak sebelum kita buat bidaan.

"Setelah feasibility study itu dibuat, kita akan kemukakan hasil kajian tersebut kepada keraajaan masing-masing melalui persatuan bola sepak negara Asean untuk diputuskan sama ada kita perlu menubuhkan satu jawatankuasa bersama bagi menyediakan Asean untuk membida sebagai tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034," katanya.

Khairy berkata, tempoh kajian ini dilaksanakan selama empat tahun iaitu sehingga 2019.

Sebagai rekod pada Januari 2014, Khairy mengemukakan cadangan untuk Malaysia menjadi salah sebuah negara di Asean sebagai tuan rumah Piala Dunia 2034.

Dilaporkan sebelum ini, empat negara termasuk Malaysia mahu menjadi penganjur dan bidaan rasmi akan berdasarkan persetujuan semua negara di Asean.

Artikel Sebelum

Artikel Lain