suria

Sergio Ramos Setuju Lanjutan Kontrak Bersama Real Madrid

Sergio Ramos
HARAPAN Manchester United untuk menandatangani kontrak bintang Sepanyol dilihat telah berakhir selepas pemain ini berjaya menyelesaikan masalah bayaran yang dilaporkan di Bernebau.

Akhbar harian Sepanyol Spanish AS mendakwa gergasi La Liga itu akhirnya telah mencapai persetujuan dengan ketua pasukannya berhubung kontrak baru di Santiago Bernabeu dan akan mengadakan sidang akhbar pada Isnin depan untuk mengumumkan secara rasmi mengenai perjanjian itu.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu menyertai Real Madrid dari Sevilla pada tahun 2005 dan sejak itu telah menjadi seorang pemain ikonik di kelab itu.

Walau bagaimanapun, ketegangan antara pemain dan lembaga pengurusan awal musim panas ini menyebabkan hubungan baik yang telah lama wujud terancam, dengan Ramos dilaporkan memberitahu kelab bahawa dia berhasrat meninggalkan kelab itu musim panas ini.

Louis van Gaal dikatakan berminat untuk melakukan pertukaran penjaga gol United David de Gea dengan Ramos, yang dilaporkan tidak berpuas hati mengenai gaji yang ditawarkan kepadanya sebagai sebahagian daripada perjanjian baru di Bernabeu.

Real Madrid mempunyai pendirian yang tegas dalam keengganan mereka untuk melepaskan kapten mereka meninggalkan kelab, dengan bos kelab, Rafa Benitez mendakwa dari awal bahawa pemenang Piala Dunia itu akan kekal di ibu negara Sepanyol.

"Saya menghormati Louis van Gaal, tetapi Sergio akan terus kekal dengan kami," kata pengurus Real Madrid pada bulan Julai.
Sergio Ramos, La Liga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain