suria

Arsenal Menang Tipis Ke Atas Crystal Palace

Giroud jaring gol pertama pada perlawan bertemu Crystal Palace pada Ahad.

ARSENAL bangkit mencatat  kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace pada aksi keduanya dalam Liga Perdana Inggeris, Ahad malam.

Skuad bimbingan Arsene Wenger dalam misi mengutip mata penuh selepas tewas 0-2 dalam aksi pembukaan kepada West Ham minggu lalu.

Dalam aksi di Selhurst Park ini, The Gunners berjaya membuka jaringan awal melalui Oliver Giroud pada minit ke-16.

Namun pemain tuan rumah, Joel Ward menyamakan kedudukan pada minit ke-28.

Arsenal yang lebih mempamerkan corak bertahan bertuah kerana pemain lawan Damien Delaney tersalah langkah menjaringkan gol sendiri pada minit ke-55 sekaligus keputusan tersebut kekal sehingga tamat permainan.

Arsenal, Crystal Palace

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain