BEIJING: Pemenang pingat emas Olimpik dan juara dunia, Usain Bolt terus unggul apabila memenangi acara pecut 100 meter di Kejuaraan Dunia 2015, di sini pada Ahad. Atlit Jamaika itu mengatasi pelari Amerika Syarikat (AS), Justin Gatlin. Bolt berjaya mencatakan masa 9.79 saat sementara Gatlin mencatat masa 9.80 saat. Berkongsi kedudukan di tempat ketiga ialah atlit Kanada, Andre De Grasse dan Amerika Syarikat, Trayvon Bromell yang mencatat masa 9.92 saat. "Ini benar-benar amat bermakna kerana saya bergelut sepanjang musim. Ia membuatkan saya untuk memikirkan apa masalahnya. Jadi saya amat gembira," kata Bolt yang berdepan kecederaan sebelum ini.