TOTTENHAM Hotspur dijangka menerima saingan sukar apabila diundi berada dalam Kumpulan J bersama Monaco, Anderlecht dan Qarabag bagi saingan peringkat kumpulan Liga Eropah.
Manakala laluan Liverpool dilihat bukan mudah apabila diundi berada bersama kelab Rusia, Rubin Kazan, Bordeaux dan wakil dari Switzerland, Sion bagi Kumpulan B.
Satu lagi kelab Inggeris yang beraksi dalam liga ini, ialah Celtic yang bakal berdepan dengan bekas pemain Manchester United, Robin van Persie dan Nani untuk kelab Fenerbahce serta Ajax dan Molde (Norway) bagi Kump A.
Majlis undian kumpulan tersebut berlangsung pada Jumaat di Monaco.
Senarai penuh saingan peringkat kumpulan Liga Eropah:
Kumpulan A - Ajax, Celtic, Fenerbahce, Molde
Kumpulan B- Rubin Kazan, Liverpool, Bordeaux, Sion
Kumpulan C- Borussia Dortmund, POAK, Krasnodar, Gabala
Kumpulan D - Napoli, Bruges, Legia Warsaw, Midtjylland
Kumpulan E - Villarreal, Viktoria Plzen, R. Vienna, D. Minsk
Kumpulan F- Marseille, Braga, Slovan Liberec, Groningen
Kumpulan G - Dnipro, Lazio, St Etienne, Rosenborg
Kumpulan H- S.Lisbon, Besiktas, Lokomotiv, Skenderbeu
Kumpulan I - Basle, Fiorentina, Lech Poznan, Belenenses
Kumpulan J- Tottenham, Anderlecht, Monaco, Qarabag
Kumpulan K- Schalke, APOEL, Sparta Prague, Tripolis
Kumpulan L - A. Bilbao, AZ Alkmaar, Augsburg, Partizan