suria

Mourinho Akui Chelsea Belum Capai Prestasi Terbaik

PENGURUS Chelsea, Jose Mourinho percaya harapan untuk bergelar juara sudah berakhir sekiranya mereka beraksi dalam liga lain.



Tewas kepada Crystal Palace 2-1 di laman sendiri pada aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu malam menyaksikan The Blues kekurangan lapan mata dengan pendahulu liga, Manchester City selepas empat perlawanan.

“Empat mata dalam empat perlawanan merupakan permulaan yang teruk,” jelas Mourinho yang mencatat kemenangan empat perlawanan pertama musim lalu.

“Jika bermain dalam liga lain, saya boleh katakan saingan sudah berakhir. Tetapi dalam liga perdana, saya tidak kata ia sudah tamat.”

Dua jaringan yang dilakukan Bajary Sako dan Joel Ward menyaksikan Chelsea kecewa buat kali kedua musim ini dengan rekod ke-100 perlawanan di Stamford Bridge di bawah kendalian Mourinho.

Jaringan tunggal Chelsea diraih melalui pemain baharu musim ini, Radamel Falcao sekaligus gol pertamanya bersama kelab ini, namun kelalaian di bahagian benteng pertahanan memberikan kemenangan kepada Palace.

Bagaimanapun Mourinho enggan memberi sebarang komen terhadap pemain-pemainnya, namun mengakui sesetengah pemain tidak mencapai prestasi sebenar.

“Saya tidak gembira. Saya tidak bahawa saya mempunyai 11 pemain yang berada dalam prestasi yang sama setiap masa.

“Dua atau tiga pemain, secara individu sangat jauh daripada prestasi yang diingini. Saya menyalahkan diri sendiri kerana tidak menukar mereka dan membiarkan bermain sehingga 90 minit,” jelasnya.

Walaupun Chelsea mendominasi perlawanan tersebut, namun mereka gagal mencipta jaringan biarpun sepatutnya mereka mendapat sepakan penalti apabila baju Kurt Zouma ditarik oleh Connor Wickham.

Namun Mourinho mengakui Palace layak untuk menang perlawanan ini berdasarkan prestasi mereka.

“Mereka datang ke sini dengan ‘lengkap’. Mereka bertuah dan layak menang.

“Pasukan saya sepatutnya lebih layak. Saya tidak mahu cakap yang kami layak menang, kerana ia tidak benar,” tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain