suria

Seorang Lagi Pemain Manchester United Tinggalkan Kelab Itu

Tyler Blackett diperkenalkan sebagai pemain baru Celtic di hadapan ribuan penyokong kelab Scotland itu pada Sabtu.

> Bekas pemain akademi, Tyler Blackett sertai Celtic secara pinjaman selama setahun

> Pemain berusia 21 tahun itu boleh bermain sebagai pemain tengah atau bek kiri

> Blackett bermain 12 kali bersama skuad utama musim lalu

> Selain dia, seorang lagi pemain pertahanan Jonny Evans tinggalkan United untuk sertai WBA

> Dan penyerang Chicharito akan sertai Bayer Leverkusen

SEORANG lagi pemain Manchester United, Tyler Blackett telah meninggalkan kelab itu untuk berhijrah ke kelab Liga Perdana Scotland, Celtic secara pinjaman selama semusim.

Pemain yang baru berusia 21 tahun yang tinggi lampai itu telah bermain sebanyak 12 kali bersama skuad utama United musim lalu sekaligus mencuri perhatian pelbagai kelab lain.

Dia adalah lulusan akademi bolasepak United yang terkenal itu dan yang telah melahirkan beberapa pemain bertaraf dunia dan selebriti seperti David Beckham, Ryan Giggs, Garry dan Philip Neville, Paul Schole serta  Nicky Butt.

Blackett juga bukan sahaja mampu bermain sebagai bek tengah malah berupaya ditempatkan di bek kiri.

Bagi Blackett ini juga bukanlah perpindahan pinjamannya yang pertama. Dia pernah dipinjamkan kepada  Blackpool dan Birmingham City dua musim yang lalu.

Sementara itu Blackett telah pun dipersembahkan sebagai pemain baru di Stadium Celtic Park sewaktu rehat separuh masa pertama ketika menentang St Johnstone, pada Sabtu.

Selain Blackett, dua lagi pemain utama Manchester United iaitu Jonny Evans dan Javier Hernandez yang lebih dikenali dengan panggilan Chicharito turut meninggalkan kelab itu. Evans ke WBA manakala Chicha menunggu waktu untuk menyertai kelab Jerman, Bayern Leverkusen. 

Artikel Lain