suria

Van Gaal Bayangkan Belum Temui Calon Penyerang United

United tewas 2-1 kepada Swansea dan Van Gaal masih membayangkan skuadnya belum temui penyerang baharu.

SWANSEA: Pengurus Manchester United, Louis van Gaal membayangkan tidak akan akan mendapatkan penyerang baharu untuk skuadnya sebelum tamatnya tempoh perpindahan musim ini.

"Anda tidak boleh katakan berpuas hati dengan kelab seperti United. "Bagaimanapun kami tidak akan tandatangani pada hujung tempoh jendela perpindahan ini untuk pemain yang kami tidak kenal pasti lagi.

"Oleh itu, kami akan terus seperti ini dan pada Januari nanti, perpindahan akan dibuka semula," kata pengendali United itu.

Awal pagi Isnin, United tewas 2-1 kepada Swansea City.

Juan Mata memberikan gol kepada United pada minit ke-48 di Stadium Liberty,  bagaimanapun pengurus Swansea, Garry Monk segera menukar strategi permainan di barisan hadapan membolehkan tuan rumah bangkit untuk memperoleh dua gol dalam masa lima minit.

Andre Ayew menyamakan kedudukan pada minit ke-61 dengan tandukan meleret menewaskan penjago gol United, Sergio Romero sebelum menghantar bola kepada Bafetimbi Gomis untuk gol kemenangan.

Mengenai corak permainan, van Gaal berkata: "Mesti ada perasaan kecewa namun lebih banyak rasa bersalah.

"Untuk 85 minit, kami mendominasi perlawanan. Namun kami kalah dalam masa lima minit kerana menukar corak permainan.

"Kedua-dua pasukan melakukan apa saja untuk menang namun lima minit itu perbezaannya apabila mereka tukar corak dan memperoleh dua gol.

"Ia satu pengajaran besar kepada kami kerana kami perlu menyesuaikan keadaan dengan pantas, mereka tukar (corak) dan kami terleka," katanya.

Van Gaal juga tidak mahu menuding kepada sesiapa ekoran kekalahan itu dan menolak bahawa Romero adalah sebahagian punca dua gol bolos itu. 

"Pada akhirnya, tekanan kepada mereka yang terakhir bertahan atau penjaga gol. Tapi saya tidak setuju bahawa penjaga gol tidak bermain baik hari ini," katanya. - AFP





United, Van Gaal, Swansea

Artikel Berikut

Keputusan Ligue 1 Perancis

Artikel Lain