suria

Malaysia Menang 10 Emas Di Piala Kinmen Kejohanan Wushu Dunia

KUCHING: Malaysia merangkul 10 pingat emas, tiga perak dan satu gangsa di Kejohanan Wushu Piala Kinmen yang pertama kali dianjurkan di  Kinmen, Taiwan dari 8 hingga 9 Ogos lepas.

Persekutuan Wushu Nanyang Sarawak, diketuai Prof Datuk Seri Dr Song Swee Hee diberi penghormatan mewakili Malaysia di kejohanan yang disertai lebih daripada 3,000 peserta dari 30 negara.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Rabu, Song berkata antara penyumbang pingat emas terbanyak adalah Lai Lee Sze dan Alan Song Chun Hui yang masing-masing memenangi tiga emas, serta Alan Yeo Kai Xiang, yang menyumbang dua emas.

Sementara itu, Song yang juga Presiden Persekutuan Seni Mempertahankan Diri Malaysia serta Persekutuan Wushu Nanyang Sarawak, berkata sehingga kini pasukan kebangsaan wushu nanyang sudah mengumpulkan secara keseluruhan 239 pingat emas, 117 perak dan 55 gangsa dalam pelbagai kejohanan antarabangsa.

"Kami bangga dapat membantu meningkatkan mutu dan pembangunan wushu di negara ini. Selain itu, usaha kami ini juga membantu mempromosikan Malaysia dan Sarawak di dunia," katanya.--Bernama

Kinmen, Wushu

Artikel Sebelum

Jazeman Kembali Ke Litar

Artikel Lain