suria

Forum Jurulatih Elit UEFA Himpun Pengurus Terbaik Eropah

ARSENE Wenger dan Sir Alex Ferguson pernah dianggap seteru, lebih-lebih lagi sekiranya skuad kendalian mereka bertembung antara satu sama lain dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Namun itu cerita dulu kerana sekarang Wenger yang masih mengendali skuad Arsenal manakala Ferguson merupakan bekas pengurus Manchester United dilihat berada dalam situasi yang lebih baik.

Mereka berdua bertemu di Forum Kejurulatihan Elit Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) di Nyon pada Rabu bersama 16 orang lagi pengurus terkenal di Eropah.

Selain Wenger, Manuel Pellegrini (Manchester City), Louis van Gaal (Manchester United) serta pengurus Chelsea Jose Mourinho turut hadir bagi mewakili kelab bola sepak Inggeris.

Wenger (kiri) dan Fergie berborak mesra antara satu sama lain di Nyon pada Rabu.


Manakala pengurus-pengurus kelab Sepanyol, La Liga diwakili Rafa Benitez (Real Madrid),  Luis Enrique (Barcelona), Diego Simeone (Atletico Madrid) dan Unai Emery (Sevilla).

Pengurus berprofil tinggi kelab Eropah, Benitez dan Enrique dilihat tenang sambil berbual antara satu sama lain.

Sementara itu, pengurus Porto Julen Lotopegui meluahkan perasaan terujanya apabila turut dijemput Ferguson menyertai forum yang disertai jurulatih-jurulatih berpengalaman itu.

Bekas jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelloti antara salah seorang yang menguruskan forum ini bersama bekas pengurus Borrussia Dortmund, Jurgen Klopp.
|
Ancelotti memuat naik status di laman Twitternya: "Hari baik bola sepak bersama dengan rakan-rakan di Forum Kejurulatihan Elit UEFA. Gembira dapat bertemu lagi".

Selain itu, Ferguson dilantik sebagai duta jurulatih UEFA yang turut dihadiri presiden, Michel Platini dan pengurus kejohanan,  Giorgio Marchetti.

Bekas pengadil yang kini menjadi ketua pegawai pengadil, Pierluigi Collina turut terlibat bagi penjelasan berkaitan tingkah laku hormat pengurus kepada pengawai-pegawai perlawanan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan