Malah di laman-laman sosial yang sentiasa dianggap landasan terpantas berkongsi pendapat, tidak putus-putus dengan pelbagai komen mengenai kekalahan terburuk skuad bimbingan DOllah Salleh itu.
Ironinya, peminat-peminat bola sepak tempatan bukanlah berharap untuk melihat Malaysia menang ke atas pasukan UAE yang ternyata jauh lebih baik dalam kedudukan ranking dunia (70), namun sekurang-kurangnya tewas yang tidak terlalu besar jaringannya.
Di laman Twitter, Facebook rata-rata penyokong Harimau Malaya meluahkan kekecewaan terhadap jurulatih, pemain serta badan induk bola sepak negara. Salah seorang pengikut di laman Twitter mstar online, Jani bin Ahmad memuat naik statusnya; "Pemain tidak bermain dengan semangat dan roh perjuangan. Bagi mereka yang penting glamour dan wang".
Manakala JJ@jackjehan pula berkata keputusan itu tidak teruk sangat, seban memang prestasi bola kita menurun".
Lain-lain komen dari·ISKANDAR· @iman11092 ·ISKANDAR· retweeted mStar Onlinetahniah malaysia hebat"Syuhada Saharizan @_ChuAre_ "Aku rase x boleh bg 100% salah dekat coach.Yg atas padang tu.Gaji besar,cuti sane sini.Korg berangan atas pdg ke?"