NOVAK Djokovic dengan mudah menewaskan pemain Itali, Andreas Seppi dalam straight set untuk mara ke pusingan keempat Terbuka Amerika Syarikat. Pemain nombor 1 dunia itu memenangi saingan dengan mata 6-3 7-5 7-5 dan kini akan berdepan sama ada Roberto Bautista atau David Goffin. Seppi, 31, berjuang penuh bersemangat dan memberi saingan kepada pemain Serbia, terutama dalam mematikan servis lawan pada kedudukan 5-4 di set ketiga, tetapi ia tidak cukup baik untuk menewaskan Djokovic. Bagi perseorangan wanita, Venus Williams mengekalkan persembahannya bagi membolehkan dia mara ke suku akhir bertemu adiknya Serena Williams yang mengintai gelaran Grand Slam dengan menewaskan pemain remaja Swiss, Belinda Bencic pada Jumaat. Venus Williams, 35, mempamerkan aksi bertenaga untuk mengalahkan Bencic yang berusia 18 tahun 6-3 6-4 dalam pusingan ketiga perlawanan melibatkan pemain paling tua dan paling muda. Williams, pertama kali bermain dalam Terbuka Amerika Syarikat pada 1997, tahun pemain pilihan Swiss pilihan ke-12 dilahirkan. Bencic, yang menewaskan Serena Williams, juara Terbuka Australia, Perancis dan Wimbledon 2015 dalam perjalanan untuk menang di Toronto pada bulan lepas, dianggap sebagai pencabar di Flushing Meadows apabila bangkit dari ranking 32 ke ranking 12 dunia pada tahun ini. Venus Williams berkata pemain nombor satu dunia, Serena menawarkan beberapa nasihat tentang permainan Bencic, tetapi menambah bahawa 'balas dendam' keluarga Williams tidak ada dalam fikirannya. "Siapa yang berada di hadapan jaring, itulah yang saya mahu tewaskan," katanya. Venus, yang memenangi tempat kedua dalam dua kejohanan Terbuka Amerika 14 tahun yang lalu, telah berjuang habis-habisan menentang Bencic untuk memastikan kemenangan dalam perlawanan tiga set dan menghabiskan masa hampir lima jam untuk ke pusingan ketiga. "Saya rasa permainannya hari ini terlalu baik," kata pemain Switzerland.