NEW YORK: Pilihan ketiga dari Britain, Andy Murray mengenepikan saingannya, pemain Brazil, Thomaz Bellucci , 6-3, 6-2, 7-5 untuk mara ke suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS). Kejayaan Murray itu adalah catatan kemenangan ke-40 pada kejohanan ini. Murray bakal bertemu pemain Afrika Selatan, Kevin Anderson selepas ini untuk merebut tempat ke peringkat separuh akhir. - AFP