suria

Putera Ali Kembali Bersaing Rebut Jawatan Presiden Fifa

PUTERA Ali Al Hussein dari Jordon mengesahkan akan kembali bersaing untuk jawatan presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) selepas tewas kepada Sepp Blatter Mei lalu.

Putera Ali,39, mengumumkan pencalonannya bagi merebut jawatan no.1 badan induk bola sepak dunia itu di Amman pada Rabu.

"Biar saya jelaskan, saya mahu menamatkan apa yang kita mulakan. Saya telah berfikir panjang dan bukan mudah untuk memulakan langkah ini, malah ia dikongsi bersama masyarakat di seluruh dunia yang memberi harapan dan impian mereka," jelasnya.

Perebutan jawatan ini dilihat sengit apabila Putera Ali menjadi calon ketiga selepas Presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (Uefa), Michel Platini dan bekas naib presiden Asia, Chung Mong-Joon dari Korea Selatan yang turut bertanding.

Kerusi presiden Fifa kembali menjadi tumpuan apabila  Blatter,79, yang memegang jawatan ini buat penggal kelima bakal berundur secara rasmi pada Februari depan ekoran skandal rasuah yang melanda badan bola sepak dunia itu baru-baru ini.

Pada Mei lalu, Putera Ali tewas 133-73 kepada Blatter.

Dalam pada itu, Putera Ali dijangka tidak menghadapi masalah berdepan dengan Chung apabila berjaya mengambil alih jawatan Timbalan Presiden Asia dan berada dalam senarai jawatankuasa eksekutif Fifa pada 2011 sekaligus menamatkan rekod 17 tahun Korea memegang jawatan tersebut.

Putera Ali, Jordan, Fifa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain