suria

Liga Juara-Juara: Ronaldo Kini Penjaring Terbanyak, Benzema Masuk Senarai Top 10

Karim Benzema (kanan) meraikan gol pembukaan untuk pasukannya, Real Madrid, bersama rakan sepasukan, Cristiano Ronaldo dalam perlawanan peringkat kumpulan A, Liga Juara-Juara menentang Shakhtar Donetsk di Stadium Santiago Bernabeu, di Madrid, Sepanyol, awal pagi Rabu. -foto AP
MADRID: Karim Benzema berkongsi tempat ke-10 bersama Zlatan Ibrahimovic dalam senarai penjaring gol terbanyak Liga Juara-Juara sepanjang musim.

Prestasi itu tercipta hasil sumbangan satu golnya ketika menewaskan Shakhtar Donetsk 4-0 dalam perlawanan pemubukaan peringkat Kumpulan A di Santiago Bernabeu, awal pagi Rabu.

Satu gol Benzema dalam perlawanan itu menambah koleksi golnya menjadi 43. Pencapaiannya itu adalah sama seperti Ibrahimovic di mana dia merupakan satu-satunya pemain yang menyumbangkan gol di enam kelab berbeza dalam liga ini.

Sama seperti Benzema, Cristiano Ronaldo juga menambah koleksi golnya di Liga Juara-Juara menjadikan jumlah 80 gol, membawa Lionel Messi di kedudukan kedua dengan 77 gol. Tiga gol tambahan Ronaldo dicipta pada perlawanan sama menentang Shakhtar Donetsk.

Sementara itu, Angel Di Maria berjaya memperoleh gol pembukaan paling pantas dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara 2015-2016.


Pemain Paris Saint Germain (PSG) itu menyumbat gol pembukaan pada minit keempat, dan akhirnya menghasilkan keputusan 2-0 dalam perlawanan menentang Malmoe FF.

Gol Di Maria itu dapat mengimbau perlawanan musim lalu (2014/2015) apabila penyerang Zenith St Petersburg, Hulk tersenarai dalam senarai penjaring gol terpantas Liga Juara-Juara dengan jaringan gol pada minit keempat dan berakhir dengan kemenangan 2-0 ke atas Benfica. 


Senarai Penyumbang Gol Terbanyak Liga Juara-Juara

80: Cristiano Ronaldo (Manchester United, Real Madrid)
77: Lionel Messi (Barcelona)
71: Raúl González (Real Madrid, Schalke)
56: Ruud van Nistelrooy (PSV Eindhoven, Manchester United, Real Madrid)
50: Thierry Henry (Monaco, Arsenal, Barcelona)
48: Andriy Shevchenko (AC Milan, Chelsea, Dynamo Kyiv)
46: Alfredo Di Stefano (Real Madrid)
46: Filippo Inzaghi (Juventus, AC Milan)
44: Didier Drogba (Olympique Marseille, Galatasaray, Chelsea)
43: Karim Benzema (Olympique Lyonnais, Real Madrid),
43: Zlatan Ibrahimovic (Ajax, Juventus, Internazionale Milano, Barcelona, ​​AC Milan, Paris Saint-Germain)
42: Alessandro Del Piero (Juventus)



Karim Benzema, Cristiano Ronaldo

Artikel Lain