suria

Kasari Koscielny, Costa Bakal Berdepan Hukuman FA

Costa didenda kerana mengasari Koscielny.

PENYERANG Chelsea, Diego Costa dijangka bakal berdepan dengan hukuman gantung tiga perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England kerana mengasari pemain Arsenal, Laurent Koscielny ketika pertemuan kedua-dua pasukan itu pada aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu.

Manakala pemain pertahanan Arsenal, Gabriel yang diperintah keluar padang kerana menyepak Costa turut didenda kerana berkelakuan kurang sopan manakala rakan pasukannya, Santi Carzola diberi amaran di atas tindakannya selepas dilayangkan kad merah.

Malah kedua-dua kelab itu turut didenda kerana gagal mengawal pemain mereka.

Arsenal mengesahkan akan membuat rayuan terhadap dua hukuman layangan kad merah dan penggantungan tiga perlawanan yang dikenakan terhadap Gabriel.

Pemain Brazil itu bertindak menyepak Costa yang bertikam lidah dengan Koscielny sebelum tamat permainan babak pertama.

Costa dilihat dua kali melibas lengannya ke muka Koscielny semasa pertelingkahan dalam kawasan penalti.

Tindakan Costa tidak dilihat pengadil tetapi dirakam menerusi video.

Selepas penilaian dibuat oleh tiga panel bekas pengadil elit, keputusan sebulat suara dicapai bahawa Costa sepatutnya dibuang padang berdasarkan tindakan yang dilakukannya itu.

Walaupun Wenger akur dengan layangan kad merah kepada Gabriel kerana pemain itu melakukan perkara yang tidak sepatutnya, namun dia berpendapat keputusan pengadil dalam mengatasi situasi tegang tersebut amat lemah dan berat se­belah.

Sementara itu, pengurus Chelsea, Jose Mourinho bagaimanapun menepis pandangan Wenger, dan menggunakan peluang ini untuk mengajar seteru lamanya itu mengenai pentingnya “mengawal emosi”.

Pada pertemuan itu Chelsea menewaskan Arsenal 2-0.

Chelsea memperolehi gol menerusi jaringan Kurt Zouma pada minit ke-53 dan Eden Hazard pada masa kecederaan. 

EPL, Chelsea, Arsenal, Diego Costa

Artikel Sebelum

Artikel Lain