suria

Rodgers Tidak Akan Tinggalkan Liverpool

BRENDAN Rodgers menegaskan untuk tidak meninggalkan Liverpool walaupun keadaan semakin terdesak dan tertekan ketika ini.

Pengendali Liverpool itu mahu menjadi jurulatih untuk 1,000 perlawanan bersama kelab berkenaan - tetapi mengakui agak sukar untuk mengekalkan jawatannya.

Ketika ditanya adakah dia akan meninggalkan Liverpool berdasarkan tekanan yang dihadapi ketika ini, Rodgers berkata," tidak, tidak. Saya ingin menjadi pengurus dan sasaran saya untuk mendapatkan perlawanan ke-1,000.

"Saya akan disayangi di sini, tetapi saya sedar perlu mengakhiri kemarau menjuarai liga sejak 20 tahun lalu dahulu dan perkara itu akan diselesaikan dalam tempoh lima ke enam tahun lagi.

"Saya tidak akan pergi begitu sahaja kerana saya mampu meningkatkan kebolehan pemain dan memperbaiki banyak perkara lagi."

Rodgers menerima tekanan supaya meninggalkan Liverpool selepas tewas kepada kelab divisyen dua dalam saingan Piala Capital One.

Liverpool

Artikel Berikut

Artikel Lain