PEMAIN pilihan No.1 Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia, David Ferrer beraksi menentang pemain Kazakhstan, Mikhail Kukushkin pada aksi suku akhir, Jumaat malam. Ferrer yang menduduki tangga ke-8 dunia mara ke saingan ini selepas mengalahkan pemain dari Republik Czech, Radek Stepanek pada pusingan kedua lewat Khamis malam. Perlawanan yang bermula pada pukul 9.15 malam itu memasuki set kedua, selepas Ferrer mendahului pada set pertama 6-3 dalam masa 32 minit.