PELUMBA Honda, Dani Pedrosa merangkul trofi pertama perlumbaan MotoGP selepas lebih setahun tanpa sebarang gelaran juara.
Lebih manis, kejayaan Pedrosa dicatat di tempat lahir jenteranya, Honda di Litar Twin Ring Motegi dalam saingan Grand Prix Jepun yang berakhir pada Ahad.
Pedrosa, menamatkan saingan dengan catatan masa 46'50.767 meninggalkan dua pelumba Movistar Yamaha Valentino Rossi di tempat kedua dengan (+8.573), Jorge Lorenzo, Marc Marquez (Repsol Honda) manakala tempat kelima pelumba Ducati, Andrea Dovizioso.
Pelumba Sepanyol itu memulakan aksi di petak keenam namun berjaya berada di tempat keempat pada lap pertama.
Dengan baki sembilan pusingan selepas itu, Pedrosa mula memintas Rossi dan Lorenzo dan teus menguasai perlumbaan hingga ke lap terakhir.
Kemenangan ini menjadikan Pedrosa kembali merekodkan senarai kemenangan setelah kali terakhir bergelar juara pada Ogos 2014 di Litar Brno pada aksi MotoGP Czech.
Bagaimanapun, kemenangan Pedrosa tidak menghalang Rossi untuk mengukuhkan kedudukan di tempat pertama dalam senarai pelumba keseluruhan dengan 283 mata, diikuti Lorenzo (265), ketiga pelumba Repsol Honda- Marc Marquez (197), Andrea Iannone (Ducati) dengan 172 dan tempat kelima Pedrosa dengan 154 mata.
Keputusan penuh MotoGP Grand Prix Jepun:
1. Dani Pedrosa Honda 46' 50.767
2.Valentino Rossi - Yamaha Factory+08.573
3. Jorge Lorenzo-Yamaha Factory+12.127
4.Marc Márquez-Honda +27.841
5.Andrea Dovizioso - Ducati Team+35.085
6. Cal Crutchlow CWM Honda+37.263
7. Bradley Smith - Yamaha Tech 3 +37.667
8. Katsuyuki Nakasuga- Yamaha+44.654
9. Héctor Barberá - Avintia Racing+48.572
10. Scott Redding - Estrella Galicia +50.121
11. Aleix Espargaró - Suzuki MotoGP+01' 00.535
12. Takumi Takahashi - Team HRC with Nissin+01' 01.211
13. Nicky Hayden - Aspar MotoGP Team+01' 11.261
14. Yonny Hernández - Pramac Racing+01' 13.896
15. Mike Di Meglio-Avintia Racing+01' 15.421
16. Álvaro BautistaAprilia- Racing Team Gresini+01' 20.507
17. Eugene Laverty - Aspar MotoGP Team+01' 31.224
18. Stefan Bradl - Aprilia Racing Team Gresini+01' 46.833
19. Kousuke Akiyoshi - AB Motoracing+02' 00.072
20. Toni ElíasAthinà - Forward Racing+46.106
21. Pol Espargaró - Yamaha Tech 3 at 2 laps (DNF)
22. Jack Miller - CWM LCR Hondaat 8 laps (DNF)
23. Maverick Viñales - Suzuki MotoGPat 11 laps (DNF)
24. Loris BazAthinà- Forward Racingat 11 laps (DNF)
25. Andrea Iannone - Ducati Teamat 14 laps (DNF)
26. Danilo Petrucci - Pramac Racingat 16 laps (DNF)
Kedudukan terkini keseluruhan pelumba selepas MotoGP Grand Prix Jepun: