KUALA LUMPUR: Persatuan Kabaddi Malaysia yakin sukan kabaddi menyumbangkan pingat kepada negara pada Sukan Asia Indonesia2018, kata setiausaha agung persatuan, E. Padmanathan. Ia berdasarkan kepada peningkatan signifikan sepanjang pelan latihan tiga tahun selepas pencapaian tempat kelima pada Sukan Asia Incheon, Korea Selatan yang hanya berlatih lima bulan. "Kami menduduki tempat ketujuh pada 2010 (Sukan Asia Guangzhou) meningkatkepada kelima tahun lalu...dengan program latihan tiga tahun untuk 2018, kami menjanjikan sekurang-kurangnya satu gangsa. Kabaddi adalah sukan yang memerlukan ketahanan fizikal, latihan gim, disiplin dan kemahiran. "Kita perlu mempunyai persediaan lengkap untuk menentang negara sepertiIndian dan Korea Selatan yang mempunyai program latihan yang hebat. Bagaimanapun untuk program latihan tiga tahun kami memerlukan sokongan Kementerian Belia danSukan, Majlis Sukan Negara dan orang ramai," katanya kepada Bernama, Khamis. Padmanathan berkata walaupun sukan kabaddi tidak popular di negara ini, ia semakin berkembang pada peringkat domestik dan antarabangsa termasuk terdapat usaha membawanya ke Sukan Olimpik. Menurut beliau pada masa sekarang terdapat 20 kelab dan negeri termasuk Kelantan dan Sarawak berdaftar di bawah persatuan sekali gus menjanjikan pembangunan bakat pada peringkat akar umbi. Pada masa sama tambahnya persatuan turut berusaha membawa masuk sukantersebut ke Sukan SEA 2017. "Setakat ini hanya ada empat negara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam. Bagi memastikan sukan ini tersenarai sebagai acara Sukan SEA, kami memerlukan sekurang-kurangnya enam negara menyertainya," jelas beliau. Kabaddi yang berusia 4,000 tahun berasal dari India merupakan sukan tempuryang melalui transformasi dimainkan di padang rumput atau gelanggang tertutup atas tikar buih bagi mengurangkan kecederaan. Ia dimainkan selama 40 minit dengan masa rehat lima minit menampilkan tujuh pemain untuk satu pasukan. Sukan ini diperkenalkan pada Sukan Asia ke-11 di Beijing, China pada 1990. Malaysia merupakan salah satu 31 negara yang menganggotai Persekutuan Kabaddi Antarabangsa.