suria

Liga Perdana Inggeris: United Belasah Everton 3-0

Wayne Rooney (kiri) meraikan gol sumbangannya bersama rakan sepasukan Jesse Lingard.
PASUKAN tetamu, Manchester United menang 0-3 ke atas Everton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Goodison Park, Sabtu.

Pada babak pertama, gol pembukaan United disumnbat masuk oleh Morgan Schneiderlin pada minit ke-18.

Pemain yanng berasal dari Perancis ini membolosi gawang gol tuan rumah setelah memanfaatkan bola yang ditanduk pemain Everton yang jatuh di kakinya.

United kembali mempamerkan keunggulannya selang empat minit kemudian menerusi Ander Herrera.

Pemain dari Sepanyol ini menyambut umpan silang Marcos Rojo dari bahagian kiri pertahanan Everton dengan tandukan tajam.

Pada babak kedua United menambah keunggulan melalui gol sumbangan Wayne Rooney pada minit ke-62.

Ia bermula daripada umpan Morgan Schneiderlin ke Ander Herrera yang berada di kanan pertahahan Everton.

Sementara itu, David De Gea pula telah membuat satu penyelamat kemas dalam perlawanan ini.

Penjaga gol dari Sepanyol itu berjaya menghalang tendangan kencang Romelu Lukaku dari jarak dekat.

Secara keseluruhannya, skuad bimbingan Louis Van Gaal menguasai pertandingan ini.

Artikel Sebelum

Keputusan La Liga

Artikel Berikut

Artikel Lain