GEORGINIO Wijnaldum menjaringkan empat gol sekaligus mencipta rekod tersendiri untuk Newcastle buat kali pertama dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim ini. Empat jaringan Wijnaldum (minit ke-14, 26',66, 85') itu memberikan kemenangan besar 6-2 ke atas Norwich bersama dua lagi gol dilakukan oleh Perez pada minit ke-33 dan 64. Manakala gol Norwich diperolehi melalui jaringan Mbokani minit ke-20 dan Redmont (34'). Lebih penting kemenangan itu memberi sedikit kelegaan kepada pengurus pasukan Steve McClaren yang terumbang ambing apabila skuad itu berada dalam posisi ketiga terakhir kedudukan liga. Jika mereka terus mencatat kemenangan menjelang pertemuan dengan Sunderland minggu ini, Newcastle dijangka mampu mengubah kedudukan yang lebih selamat.