LEWIS Hamilton merangkul gelaran dunia buat kali ketiga selepas muncul juara Grand Prix Amerika Syarikat (AS) di Austin, awal pagi Isnin. Hamilton menamatkan perlumbaan tersebut dengan catatan masa 1 jam 50'52.703 saat. Pelumba berusia 30 tahun itu menjadi warga British pertama untuk memenangi kejuaraan dunia berturut-turut. Malah, beliau juga menjadi pelumba pertama memenangi 10 atau lebih perlumbaan dalam satu musim. Rakan pasukan Hamilton, Nico Rosberg yang bermula di petak pertama, menamatkan saingan di tempat kedua dengan 1 jam 50'52.850 saat. Sementara itu, pemandu Ferrari Sebastian Vettal sekadar menduduki tempat ketiga selepas menamatkan perlumban dengan catatan masa 1 jam 50'53.381 saat. Pada perlumbaan itu, Hamilton hanya perlu mengatasi Vettel dengan sembilan mata dan Rosberg dua mata untuk merangkul gelaran dunia tersebut.