PEMAIN pemain muda Manchester United, Wilfried Zaha menafikan bahawa dia telah meniduri anak perempuan David Moyes ketika berada di Old Trafford. Khabar angin sebelum ini mendakwa Zaha, 22, dilepaskan secara pinjaman oleh United kerana pemain muda berbakat berkenaan telah mengadakan hubungan intim dengan Lauren (gambar bawah) ketika bapanya membimbing United. Bagaimanapun pemain itu menafikan khabar angin tersebut dengan menyatakan dia tidak pernah mengenali Lauren ketika berada di United. Sebaliknya Zaha mendakwa gembira berada Crystal Palace kerana diberikan peluang untuk beraksi bagi pasukan utama berbanding kekal di United. Zaha merupakan pemain muda terakhir yang dibawa oleh Alex Ferguson untuk menyarung jersi United sebelum legenda itu bersara pada 2013. Pemain kelahiran Ivory Coast itu dibeli dengan nilai £15 juta pada Januari 2013. Bagaimanapun dia tidak dipedulikan oleh Moyes kerana khabar angin yang tersebar sehingga jurulatih itu dipecat oleh pengurusan United.