suria

Van Gaal Bimbang Aksi Seri Tanpa Jaringan United

PENGURUS Manchester United, Louis van Gaal melahirkan kebimbangan dengan aksi seri dan tumpul di depan gol selepas terikat 0-0 dengan Crystal Palace di Selhurst Park dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu malam.


United mempamerkan satu lagi aksi yang boleh dijangkakan ketika bertemu Palace sekaligus melengkapkan tiga perlawanan tanpa jaringan termasuk ke atas Manchester City dan ketika saingan Piala Liga pusingan keempat yang tewas menerusi penentuan penalti kepada Middlesbrough Rabu lalu.

“Sudah tentu saya risau. Tetapi jika kamu tidak banyak mencipta peluang, saya tidak boleh mengulas panjang.

“Selepas Middlesbrough, kami ada peluang untuk menamatkan  situasi seperti ini, namun ia tetap sama. Ia akan menjadi sejarah, dan kami perlu mengubahnya.

“Sangat jelas Crystal Palace memulakan permainan dengan baik, mereka menguasai bola setiap saat dan terus memberi tekanan kepada kami. Peluang terbaik hadir melalui Ander Herrera pada separuh masa pertama, dan sepatutnya ia perlu selesaikan. Tapi kami tidak berbuat demikian.

“Pada separuh masa kedua, Palace lebih agresif. Kami tidak menyusun kedudukan dengan baik dan sudah tentu tiada ruang untuk mencipta peluang gol, dan selepas itu mereka terus memberi tekanan ke arah gol kami.

“Tetapi saya tidak lihat pemain-pemain hilang keyakinan. Apabila  melihat karektor pemain, saya yakin mereka tidak sangsi dengan kualiti sendiri. Ia boleh berubah dalam satu perlawanan,” jelas pengurus kelahiran Belanda itu.

Artikel Sebelum

Keputusan La Liga

Artikel Berikut

Artikel Lain