suria

Spurs Menang 3-1 Di Depan Pengurus Baharu Aston Villa

Kane manjaringkan gol ketiga Spurs pada aksi menentang Aston Villa awal pagi Selasa.

TOTTENHAM Hotspur mengekalkan aksi konsisten dengan kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa yang baharu menerima kehadiran pengurus pada aksi Liga Perdana Inggeris di White Hart Land awal pagi Selasa.

Beberapa jam sebelum perlawanan, Aston Villa mengumumkan bekas pemain Arsenal, Remi Garde sebagai pengendali baharu kelab itu menggantikan Tim Sherwood yang dipecat bulan lalu.

Garde turut hadir pada perlawanan tersebut, namun hanya sebagai pemerhati di tempat duduk penonton menyaksikan permainan skuad baharunya itu.

Dalam pada itu, Spurs meraih gol seawal tiga minit pertama melalui Mouse Dembele sebelum Dele Alli menyumbat gol kedua pada akhir babak masa pertama.

Ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama tidak mematahakan semangat skuad Aston Villa apabila Jordan Ayew cuba membantu pasukannya merapatkan jurang gol pada minit ke-79 permainan.

Namun kebangkitan Villa yang cuba mengejar tuan rumah makin pudar selepas Harry Kane memastikan kemenangan selesa pada masa tambahan sebelum wisel akhir dibunyikan.

Keputusan tersebut menyaksikan anak buah Mauricio Pochettino mara ke tangga kelima kedudukan liga, kekurangan lima mata dengan pendahulu Machester City.

Spurs, Aston Villa, Remi Garde

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain