suria

Amir Khan Setuju Bertemu Pacquiao 9 April Di Las Vegas

Amir Khan

AMIR Khan mencapai persetujuan syarat-syarat bagi pertarungan dengan Manny Pacquiao pada 9 April depan.

Pertarungan yang sememangnya diidam-idamkan Khan ini dianggap sebagai 'super-fight' sejak rancangan untuk bertemu Floyd Mayweather ditolak dua tahun lalu.

Malah Khan turut bersetuju apa sahaja penjelasan syarat untuk bertemu Pacquiao di Amerika pada April ini.

Peguam Khan telah menghantar kontrak persetujuan itu kepada wakil yang menjaga Pacquiao, Bob Arum.

Tarikh dan lokasi yang dicadangkan pada 9 April di Las Vegas bagi pertarungan akhir Pacquiao sebelum dia menceburi bidang politik dan bertanding sebagai senator Filipina.

Manny Pacquiao


Sementara itu, bapa Khan mengesahkan kertas cadangan telah diserah kepada Arum pada Jumaat.

"Semua sudah dijelaskan dan lokasi sudah tentu di Amerika Syarikat. Manakala tarikh pula mungkin akan berubah namun tetap diadakan pada April," jelas Shah Khan.

Amir Khan, Manny Pacquiao

Artikel Lain