suria

Chelsea Tolak Bidaan Monaco Untuk Dapatkan Jose Mourinho

PEMEGANG saham Monaco, Alessandro Proto mendakwa telah menemui Roman Abramovich untuk mendapatkan jurulatih Chelsea.

Bagaimanapun Chelsea dilapor telah menolak tawaran bernilai £35 juta yang dibuat oleh Monaco untuk mendapatkan Jose Mourinho.

Tawaran itu dibuat selepas nasib Mourinho di Stamford Bridge tidak lagi selamat apabila kelab berkenaan mempamerkan aksi buruk sejak liga musim ini bermula.

Namun Mourinho tekad untuk tidak meletak jawatan kerana masih mempunyai dua perlawanan untuk menyelamatkan posisinya sebagai ketua jurulatih.

Proto mendakwa, pihaknya berminat untuk mendapatkan Mourinho dan akan berusaha merealisasikan hasrat mereka.

Pembelian itu akan melibatkan penebusan kontrak Mourinho di Chelsea yang akan tamat pada 2019.

Walaupun tawaran ditolak, namun Monaco bersedia menggandakan bidaan kepada £71 juta kerana mereka mempunyai rancangan jangka panjang.

Chelsea, Monaco

Artikel Lain