suria

Liga Juara-Juara: Tendangan Bebas Willian Bantu Chelsea Menang 2-1

Penjaga gol Dynamo Kiev, Oleksandr Shovkovskiy (tengah) gagal mengawal gawangnya selepas dibolosi oleh pemain Chelsea, Willian menerusi tendangan bebas pada perlawanan Liga Juara-Juara antara Chelsea dan Dynamo Kiev di Stadium Stamford Bridge, London awal pagi Khamis. - AFP

PEMAIN Chelsea, Willian berjaya membantu membawa kemenangan buat pasukannya selepas melakukan tendangan bebas pada lewat permainan ketika menentang Dynamo Kiev dalam Liga Juara-Juara pada awal pagi Khamis.

Tendangan bebas pemain kelahiran Brazil itu menambah satu lagi mata buat Chelsea sekali gus menjadikan pasukan tersebut menang ke atas pasukan tamu dengan 2-1 di Stadium Stamford Bridge.

Pengurus pasukan, Jose Mourinho memuji prestasi Wilian yang berjaya meraih gol pada minit ke-83.

"Beliau bermain dengan baik pada hari ini malah untuk tempoh yang lama. Satu penilaian yang adil buat Willian apabila melihat usaha kerasnya, kualiti penguasaan bola dan prestasinya dalam gol pertama dan kedua," jelas Mourinho.

Bagi Willian, gol yang berhasil dari tendangan bebas merupakan yang ketiga pada Liga Juara-Juara musim ini. 

Chelsea menduduki posisi kedua dalam saingan Kumpulan G dengan penambahan tiga mata, manakala pasukan lawannya, Dynamo Kyiv berada di belakang pada kedudukan ketiga.

Tiga mata sahaja lagi buat Chelsea untuk mengejar pasukan Porto yang berada di kedudukan teratas dengan 10 mata.


Willian, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain